about me

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

New Life Begin

 Nama aku MAZURA SYAFIRA. Aku merupakan anak kepada pasangan RAMLI dan NOOR MAZUIN. Aku berumur 20 tahun. Ini kisahku~

 Bermula pada tarikh 22 Ogos 1992, aku mula melihat dunia yang fana. Kemudian aku membesar di kota manjung. Aku dididik oleh kedua orang tua aku. Bila umur aku cukup 3 tahun, aku mendapat adik baru yang bernama MUHAMMAD EZAT EMIR dan aku telah disekolahkan di tadika kampong sitiawan ketika umur aku seawal 4 tahun. Kemudian, di usia 6 tahun aku dipindahkan ke sekolah tadika kemas kg koh. Dalam masa yang sama aku mendapat seorang lagi adik lelaki yang bernama MUHAMAD AIDY ADLY. Aku bersekolah rendah di SK METHODIST ACS. Setelah mendapat keputusan UPSR yang tak agak cemerlang;4A aku telah ditawarkan untuk bersekolah di Sekolah berasrama ; SMK GUNUNG RAPAT, IPOH. Banyak peristiwa yang berlaku ketika kali pertama aku menjejakkan kaki di SMKGR. Di sana aku mendapat ramai ‘geng’ yang membuatkan aku berani melakukan perkara yang diluar jangkaan aku. HAHA

 “KEBERANIAN ADALAH MELAKUKAN PERKARA YANG SI PENGECUT KATAKAN BODOH” 


 Di sana aku belajar untuk menguruskan diriku sendiri tanpa mak bapak disisi. Kehidupan aku sebagai seorang pelajar bermula. New challenges is good for us. Memang agak susah untuk melakukan sesuatu yang belum pernah aku lakukan sendiri.

 “BERDIKARI ADALAH LANGKAH-LANGKAH MENJADI DEWASA. ADAKAH KESEORANGAN JUGA LANGKAH-LANGKAH MENJADI DEWASA?”


 Setelah 3 tahun di SMGR, dengan berbekalkan segulung sijil PMR 5A dan semangkuk air mata, aku dipaksa menukar sekolah. Dari SMGR aku berhijrah ke SMK OUR LADY’S CONVENT. Semua nie adalah plan parents aku, nak tak nak terpaksa dan dipaksa aku ikut. Dari course science acc (chemist + physic + account) bertukar ke course science stream (chemist + physic + biology) parents aku cakap, kalau nak teruskan citi-cita sebagai pharmacist, aku kena lebih focus and lebih-lebih lagi aku mesti kena ambil biology sebab itu syarat untuk course yang aku nak.

 “KENAPALAH HIDUP INI SELALU DIPAKSA DAN TERPAKSA” 

Di convent, sekali lagi aku dapat geng baru. Suasana persekolahan agak berbeza dari SMGR. Yelaa, namapun semua perempuan. HAHA. Masalah yang aku bakal hadapi ketika ini adakah aku betul-betul dapat menyesuaikan diri aku dengan subject biology setelah sekian lama aku ketinggalan. Dalam masa yang sama account terpaksa aku lepaskan.

 “UNTUK MENIKMATI SESUATU YANG BAGUS PASTI ADA PENGORBANANNYA” 


 Setahun setengah aku di Convent, saat getir bagi aku pown tiba. Setelah mendapat keputusan dari guru kelas, wahh aku punya target tak lepas derrr. Sobsobss. Subject biology aku tak A pown. Keputusan aku betol-betol mengecewakan. Chemistry(B+) Physics(B) Biology (C+) math(A+) nasib la math tue dapat meredhakan aku. Amin. Kelayakan untuk aku megikuti program diploma in pharmacy terbantut sebab setahu aku bila tengok dari pamplet UiTM yang aku dapat, dengan result BIOLOGY aku yang tak A tue tak layak untuk mengikuti program diploma pharmacy. Haih. Chemistry tue sipi jea lagi, macam mana boleh kantoi wallahualam. Sobssobss Malas PK, aku punya target nak jadi warga UiTM; diploma pharmacy hancur berkecai macam tue jea. Bengang pown dah ditahap gaban, so at last aku terus balun kolej perubatan yang sudi terima result yang serupa gempak aku nie. Minggu tue jugak aku pergi interview and apply loan     RM60 000. Nak tak nak loan tue terpaksa buat sebab tue yang college suruh bayar. Genap 2 bulan aku kat kolej nie, aku dapat tawaran dari UiTM dalam course civil engineering. Ntah macam mana course nie boleh tersangkut kat aku. Kena orang yang advance physic boleh la accept course nie. Aku memang teramat menyampah dengan physics so parents aku tak halang dengan keputusan yang aku buat. Then seminggu lepas tue, tawaran dari matrik kulim kedah pulak yang bertandang datang menjemput aku. Tapi course dia sama macam time aku SPM la, need to works more harder to achieve my goal. Tapi aku agak bengong sebab tak accept tawaran tue. Aku takutkan sesuatu yang belum pasti; takut sijil aku akan dilelong ke course yang aku tak minat bila aku dapat pointer rendah. Aku tak berapa cerdik! Tapi aku lupa sesuatu…..

 “BELUM CUBA BELUM TAWWW”


 Orang degil macam aku memang tak boleh dibawak berbincang. Parents aku tetap setuju dengan pilihan aku untuk belajar di private college. Betul ke student private college tak sepandai student di university? Ntah bagi aku semua sama jea kot, segala kejayaan bergantung pada usaha sesorang itu.

 “JIKA KITA YAKIN TIDAK PUTUS ASA, PASTI BERTEMU JALANNYA” 


 Sekarang aku bertungkus-lumus untuk mendapatkan keputusan yang boleh menempatkan aku di UiTM untuk program lanjutan BACHELOR IN PHARMACY. Walaupun aku hanya pelajar college tak bermaksud aku juga tak ada peluang untuk berada di University macam student lain. Doakan aku kawan-kawan yang sudi membaca kisah hidup aku.

 “NAMUN SEBAGAIMANA NIAT GILA APABILA IA TERLAKSANA TIDAKLAH SEGILA YANG DIFIKIR SEWAKTU PERTAMA KALI MENDENGARNYA” 


 copyright © 2012 reserved to zuraa :)

No comments:

Copyright reserved by Mazura Syafira edited by Caersasuke