Saturday 17 November 2012

bodoh sombong & perasan bagus

bismillahirrahmanirrahim, In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful.

Assalamualaikum.

Aku tak nak mengaku aku pandai everything, aku malu nak cakap aku nie budak bijak sebab aku bukan bijak pun, CGPA pun cukup-cukup makan 3 pointer ++ jea, tak 4 flat, tak anugerah dekan pown. cuma kadang-kadang tue aku memang tau sesetengah fakta, dan aku yakin dengan fakta tue sebab aku betul-betul baca dan ulang banyak kali.

Dulu zaman sekolah rendah sampai la aku habis sekolah menengah, bapak aku tak masukkan ASTRO kat rumah aku, jadi aku tak banyak habiskan masa tengok Drama kat TV.


Bila tak ada ASTRO, macam mana aku hilangkan rasa bosan? Aku selalunya habiskan masa dengan adik-beradik dan parents jea. selalunya kami akan main dengan menggunakan imiginasi sendiri, main saidina, main nyorok-nyorok, main aci kejar dan macam-macam lagi.


walaupun pada masa itu kebanyakan orang dah pasang ASTRO di rumah tapi bapak aku tetap dengan prinsip tak mahu menjajankan diri kami dengan ASTRO.


so, bila kat rumah aku pown dah tak ada ASTRO kebosanan aku tue bapak aku akan isi dengan memaksa aku meneliti buku-buku or majalah-majalah yang ada di rumah aku. ada sesetengah majalah tue dalam english, kadang-kadang aku dipaksa untuk mentranslatekan balik majalah tersebut kepada bapak aku. dengan terkebil-kebil aku akan bukak kamus 'oxford' mencari satu persatu makna dalam majalah tersebut. 


mula-mula memang aku agak menyampah dengan cara yang agak memaksa macam nie, tapi bila umur aku dah meningkat remaja dan dewasa, aku sedar dari bahan bacaan aku tue banyak memberi manfaat kepada aku. 


Dari pembacaan itu juga aku dapat tahu bahawa jerawat tidak tumbuh kerana banyak makan kacang atau kerana banyak berangan pasal cinta, sebaliknya tumbuh kerana jangkitan kuman yg ada pada jari yang dipindahkan ke kulit muka.



"hek eleh weh, betol ke ade jerawat tumbuh sebab kuman? kalau ko nak tau jerawat tue sebenarnye tumbuh sebab hormon kite bukan sebab kuman. ish bukan sebab kuman nie, ko pandai-pandai jea buat fakta sendiri"


"aah la, memandai jea ko buat fakta sendiri weh. mane ade jerawat tumbuh sebab kuman lah. kawan abang aku cakap jerawat tumbuh sebab kite banyak makan kacang la. kawan abang aku tue budak 4 flat. kalo ko tak caye CUBE ko TRY TEST makan kacang banyak-banyak, aku kompom penuh satu muka ko ngan jerawat. ko nie suka BAJET"


selepas aku share pasal jangkitan kuman adalah salah satu sebab jerawat tumbuh pada orang yang macam diorang nie aku rase sedih, sedih yang amat sangat dengan sikap bodoh dan sombong diorang. diorang lansung tak nak terima pendapat orang lain, dan tanpa usul periksa diorang menyalahkan satu fakta yang memang benar. aku sedih dengan orang yang macam nie, lebih berpegang teguh pada pendapat sendiri tanpa menerima pendapat orang lain yang sememang nya boleh deterima pakai.


"kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya pendapat kita sahaja yang betul dan pendapat org lain salah"



Akibat tiadanya sikap terbuka dan berfikiran matang begini, maka terdapatlah anak2 remaja yang membesar sebegini terus membesar dalam situasi tidak mahu berfikir, mengkaji dan menyelak buku ensiklopedia. sebaliknya hanya menerima bulat-bulat apa yang diberitahu kepada mereka atau "kawan kepada kawan aku bagi tau". ayat yang selalu diorang gunakan untuk mengekalkan status bodoh sombong mereka ini ialah: 



1. hek eleh , poyo betol la mamat nie, mane ko tau benda tuee? ntah betol ntah tidak


2. yelaaa ko sorang jela yang tau. kitorg tak tau. ko kan pandaiiii (ayat perli)


3. tipu jea lebih, macam la ko tue bagus sangat. menyampah aku doe orang yang macam nie.




Jadi di sini aku nak mengingatkan para pembaca supaya lebih menghormati pendapat orang lain. sekiranya korang rasa benda tue tak logik dari pandangan korang lebih bagus kalau korang pastikan benda yang betol sebelom korang membangkang pendapat orang lain sebab tak semua pendapat adalah salah. setiap orang mempunyai berbeza pendapat, so the conclusion is jangan bangkang pendapat orang sebelum benda tue disahihkan salah okay? 


so lastly dari aku, 

"JANGAN JADI BODOH SOMBONG, BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DIIKUT"



p/s: siapa makan cili dia terasa pedas (:

        credit to RASA HATI :D

Monday 12 November 2012

wonder pet


bismillahirrahmanirrahim, In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful.

assalamualaikum

haiwan peliharaan-Kenapa aku lagi suka kucing dari yg lain-lain? Ntah la, mungkin sebab kucing nie manjaJ

Kalau sebut pasal haiwan peliharaan, majoriti  mesti akan pilih kucing. Definitely, aku pown tergolong dalam golongan yang sama. errr, maaf bm aku kucar kacir sikit. Frankly speaking, before this  I'm not a big fan of cats. Dulu mase kecik-kecik aku nie tak de lah sampai nak mandi dengan kucing, main garu-garu dengan kucing, amek gambar dengan kucing. That is totally not me. Tapi sekarang dah lain. Sekarang aku dah ada kucing yang telah diberi nama GENJII haha ganas tak kucing aku. Ini kucing bukan sebarang kucing, ini kucing gangster rumah HAHA. Tapi aku agak pelik la bila cakap pasal kucing mesti ramai yang akan menolak untuk jadikan kucing haiwan peliharaan diorang. Ntah I’ve no idea bout this. bagi segelintir orang kucing nie menyusahkan sebab bila cukup time nak kena bagi makan, cukup time nak kena cuci bahan buang kucing, cukup time nak kena beli frieskis, whiskas la then masalah utamanye kucing betina yang selalu bunting. Yea, definitely aku faham situasi nie sebab kucing betina nie cukup time die pegi menggatal, pastue mesti bunting. Memang susah, tue sebab aku bela GENJII, GENJII aku nie babyboyyy haha.

anak-anak IBU, cepat besar yea

 my wonder pet


Betul ke semua kucing nie suka kencing merata-rata? Tambah-tambah kucing jantan, is it true? Ntah la aku rasa tak semua kucing kot sebabnye kucing aku tak macam tue pown, kat rumah aku relax + slamba badak jea genji buang bahan buangan dia atas pasir yang dah aku sediakan. Humm tue la, bukan mudah nak dapatkan apa yang kita nak. Train la kucing korang tue dulu, mesti berhasil punya, tak percaya cuba try test ok? Bak kata pepatah

“BELUM CUBA BELUM TAWW”



Genji

Instead of, masa aku kecik aku suka tendang-tendang kucing ini, suka buli kucing, suka penyek-penyek kucing.  Zalim kan! Tapi tue dulu, dulu lain sekarang lain. Sekarang aku seorang yang penyayang pada kucing, hee. Rasa macam nak bela kucing banyak2 tapi mak aku tak bagi. Mak aku cakap kalau kita bela kucing banyak-banyak nanti kita tak sempat or lupa or tak cukup bagi makan pada kucing, kita seumpama manganiayai kucing tue, berdosa kita pade kucing nanti. Fikir punya fikir ada betolnya ape mak aku cakap tue. Lgpown bela sekor pown tak menang tangan nak bagi makan. Betol tak?

Dah halau pandai pulak balik rumah

Aku rasa kucing nie sejenis binatang yang agak bijak jugak. Sebab kalau korang halau dia, confirm dia pandai balik rumah semula. Halau yang aku maksudkan ialah korang amek dia letak dalam kotak then buang kat area pasar yang jaraknya 5km ++ dari rumah korang. Tapi yang ajaibnya, selang beberapa hari lepas korang dah buang kucing tue, tetiba jea korang akan nampak kucing yang sama, dengan corak yang sama, warna mata yang sama, panjang misai yang sama ada kat rumah korang. Ajaib kan? So aku nasihatkan tak payah la korang nak buang kucing tue, sebab kucing tue memang dah ditakdirkan untuk stick dengan korang. Ape, ingat kucing nie tak bagi manfaat pape ke pada korang? Korang nie ingat doraemon jea yang ade manfaat nye? Haih. Tak baik taw bela semata-mata nak dapat ganjaran. Kalau bela kucing, ganjaran pahala amatlah besar sebab kita mengasihi binatang. Kucing nie pown salah satu ciptaan ALLAH swt. Okay?
Entry aku kali nie pown dah panjang lebar. Aku rasa cukup sampai  sini jelah kowt aku bermadah mengenai si kucing. maka tersebut lah alkisah mengenai kucing pada hari ini. Cerita pasal binatang lain mungkin  di kemudian hari. Esok mungkin, atau esoknya lagi, atau bila-bila aku rasa nak sambung, ptfff.
Okay Bye


p/s: Kucing ni akan mendoakan tuannya apabila di akhirat





Tuesday 16 October 2012

alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Assalamualaikum.

bersemangat aku malam nie. mana tak nya blog baru so semangat pown baru lah. hehehe. actually tujuan utama aku bersemangat sangat buat entry nie sebenarnya adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang tersayang aku, tak lain tak bukan orang nya adalah parents aku dan zulfadhli.

mak abah, thanks sangat-sangat atas apa yang mak and abah dah korban selama nie. saya betol-betol terharu disebabkan mak dan abah la saya masih disni. thanks sebab belanja saya makan di hari kelahiran saya nie. especially for my mom, thanks for the ralph lauren 200ml tue yahh. really appreciate it <3

awak, thanks atas hadiah awak untuk birthday saya tahun nie. dah genap 20 tahun umur saya.  semakin lama saya kenal awak dah semakin bermakna perhubungan yang terjalin antara saya dan awak. hihi jiwang tak? actually saya tak mengharapkan apa-apa pown sempena birthday saya. saya cuma mahukan  orang-orang tersayang saya doa kesejahteraan saya. amin. saya sayangkan awak <3


 thanks for the cake honey

my lovely honey <3 

mother in law :P

 lovely brother and cousin

lovely brother


and the last one is
jeng jeng jeng
|
|
|
|
|
scroll lagi
|
|
|
|
|
|
|
scroll lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dan lagi
|
|
|
|
|
|
\/
tadaaaaaa

special from him, the most i lioke is the stitch. so sweet <3
awak thanks, saya sayang awak.



itu sahaja untuk entry kali nie. assalamualaikum.

Monday 15 October 2012

tempahan full template

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
assalamualaikum to all readers.
this is my new blog which is aku dah tak pakai blog lama aku atas sebab-sebab tertentu. sebab ape? tak perlu la aku mention di sini. okay?
first of all aku nak wish a lots of thank to Caersasuke sebab telah berjaya mendesignkan template aku. seriously, aku memang suka dengan hasil kerja caer. kalau sesiapa yang nak cuba boleh contact dengan caer. the price is okay, and korang boleh mintak dia designkan macam mane citarasa korang. InsyALLAH, dia boleh ikut kemahuaan korang. tambahan pulak die boleh siapkan on time. so, nie memang apa yang seorang pembeli mahukan, is it? okay lah. aku rasa cukup sampai sini jea untuk entri aku kali nie.
assalamualaikum.
p/s: nak design sendiri tapi tak sempat nak explore tutorial orang lain. busy bekerja :)





Copyright reserved by Mazura Syafira edited by Caersasuke